Monday, July 27, 2009

CATATAN ALUMNI

CATATAN G. Thavamani S. Gorindaraja , Guru Sekolah

fr www.esq.com.my
Saya datang ke training ESQ ini tanpa mengetahui apa-apa. Saya hanya mendapat surat untuk menyertai kursus. Pada awalnya saya bertanya pada diri saya, kenapa saya perlu mengikuti kursus ini. Dan apabila tiba di tempat training ini saya terlihat buku ESQ dan membaca beberapa muka surat di dalam buku tersebut. Selepas membacanya, saya terus menghubungi sahabat yang menghantar saya ke sini. Saya tidak tahu mengapa beliau sanggup membayar semua yuran training ini dan rupanya sahabat saya mempunyai misi apabila menghantar saya.


Selepas tiga hari training ini, saya dapat jawapan tentang perkara yang selama ini saya persoalkan. Saya sudah mengajar 20 tahun dan masa depan murid-murid dan remaja berada di tangan kita. Banyak yang telah saya lakukan dan saya sedar saya melakukan perkara yang betul. Bila saya di sini, saya makin sedar bahawa saya mengikut perkara yang betul iaitu nilai spiritual. Selepas training ini, saya lebih yakin dan akan teruskan perjuangan saya sebagai seorang guru yang mempunyai lebih dari 3000 orang anak murid. Saya harap sebahagian daripada kita di training ini dapat datang ke sekolah saya dan bersama pihak pengurusan dan guru-guru untuk membina masyarakat Malaysia.

Saya merasakan bahawa training ESQ dapat membina kekuatan nilai-nilai murni yang mampu membuat rakyat berbilang kaum di Malaysia hidup bersatu-padu dan hormat menghormati antara satu sama lain. Nilai universal, permainan dan bahan-bahan yang digunakan dalam training memberi impak yang amat menakjubkan. Jiwa saya dapat merasainya.

Cara penyampaian juga cukup professional dengan dibantu oleh audiovisual serta skrin besar yang menyebabkan saya dan peserta lain dapat mengikuti training tanpa rasa bosan. Selain itu, training ini membuka minda saya untuk mengetahui lebih banyak perkara tentang kebaikan dan nilai moral secara universal.

Bila kita tiada persepsi, kita akan lebih mudah menerima sesuatu ilmu dan secara langsung ia membuatkan setiap peserta di sini dapat mengeluarkan nilai yang ada dalam diri masing-masing secara semulajadi.

Saya amat berterimakasih kepada orang yang menghantar saya ke sini dan saya sedar siapa diri saya sekarang. Walaupun pemahaman saya belum sampai ke tahap orang Islam lain, tetapi saya tetap bersyukur dan mendapat jawapannya di sini. Saya sangat gembira dan menikmati training ini.

Apa yang berlaku di sini adalah fakta, benar dan ada pembuktian kukuh. Dr. Ary Ginanjar menjelajah ke seluruh dunia untuk mencari kebenaran ini. Tuhan telah mendaoraongkan saya ke sini dan saya akan membina negara dengan cara kita sendiri.

G. Thavamani S. Gorindaraja , Guru Sekolah

Alumni ESQ Eksekutif Angkatan 20 Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment