Monday, July 27, 2009

CATATAN ALUMNI

fr www.esq.com.my

Catatan Billie Lim

ESQ 165 merupakan satu teori pembangunan sumber daya manusia & pengetahuan yang sepatutnya dilaksanakan di dalam negara ini kerana ianya satu ilmu yang mempunyai nilai universal yang boleh difahami oleh semua kaum. Saya pernah menyedari dalam diri saya tentang perkara ini satu ketika dahulu. Bila kita sudah faham dan mengetahui nilai-nilai tersebut, sepatutnya kita perlulah melakukan dan mempraktikkannya. Walaupun ESQ ini menggunakan Al-Quran sebagai rujukan, tapi saya membuang semua belenggu dan persepsi dalam diri saya untuk hadir dan mengetahui nilai-nilai mulia dan cerita yang ada di dalamnya.


Apabila saya mendengar cerita dan sifat-sifat yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW, terutamanya ketika saat-saat terakhir kehidupan Nabi Muhammad SAW, biasanya saya susah hendak mengeluarkan airmata. Tetapi dalam training ini, bila mendengar beberapa cerita tentang Nabi Muhammad SAW walaupun pertama kali mendengar cerita itu, saya terus mengalirkan airmata dan mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang pemimpin yang luar biasa.

Cerita ini sepatutnya perlu dikongsi kepada semua orang agar nilai-nilai yang terdapat pada diri Nabi Muhammad SAW ini dapat dijadikan contoh dan tauladan yang mulia kepada kita. Sekiranya tiga sifat-sifat yang ada pada diri pemimpin ini kita dapat ambil, pasti apa yang kita inginkan di dunia ini kita akan dapat.

Dalam training ini, kita diajar menjadi seorang yang ‘zero mind’ iaitu membuang sifat-sifat negatif yang ada dalam diri kita. Sekiranya kita tidak zero mind, kita pasti tidak akan dapat menjiwai segala yang diceritakan dalam training ini. Walaupun kita mempunyai pengalaman, ilmu yang tinggi dan pangkat besar, tetapi apabila kita telah melalui latihan zero mind proses, kita akan terus dapat menjawab banyak persoalan yang selama ini kita tidak mampu menjawabnya.



Saya menggalakkan kepada rakan-rakan yang sebangsa dengan saya dan berbangsa lainnya, agar dapat datang ke training ini dengan hati yang terbuka dan menyertai training ESQ ini agar mengetahui tentang beberapa mesej yang mampu memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat yang berbilang kaum dan Negara kita.

Kita tak akan mampu bersatu antara satu sama lain sekiranya persepsi dan belenggu masih menebal di dalam diri kita. Dan training ini dapat menjadikan semua bangsa di Malaysia dan Nusantara hidup dalam keadaan bersatu padu, aman, hormat menghormati, berjaya dan maju.

Billie Lim

Penulis Buku Best Seller, “Dare to Fail”

Alumni ESQ Eksekutif Angkatan 20 Kuala Lumpur, Mission Statement and Character Building

No comments:

Post a Comment